Terdapat
dua cara untuk reset Samsung yang menggunakan operasi Android sperti Galaxy
Note, Galaxy S2, S3, S Advance, S Plus, Galaxy Y, Galaxy W dan lain2 lagi
iaitu soft reset dan hard reset. Namun sebeum pergi lebih lanjut tentang cara
cara untuk buat reset anda perlu tahu apa implikasi kepada hp anda jika anda
reset handphone samsung anda yang menggunakan OS android.
Pertama : Semua data anda didalam HP seperti
contact, msj, email, nota akan hilang sepenuhnya.
Kedua : Semua Data dalam memory internal
juga akan hilang sepenunya (Dinasihatkan jika anda menggunakan external memory
kad keluarkan dahulu sebelum buat reset phone. Ini kerana reset phone akan kembalikan hp anda seperti
tetapan asal kilang (Factory Setting).
Kenapa
perlu buat reset :
1. Anda ingin jual hp anda.
Pastikan anda reset hp dan internal memory, jika tidak
pasti pengguna baru akan dapat data anda. Ini amat berbahaya jika data anda
jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab.
2. Hp anda hang di logo android/samsung semasa on.
3. Salah masukk pattern/pin lock dan ianya mengakibatkan hp xboleh
on.
So jom kita pelajari
langkah mudah untuk buat SOFT
RESET.
SOFT RESET adalah satu tetapan yang disediakan oleh pengeluar dan ianya boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja dengan mudah. Biasanya kita akan buat soft reset
apabila hp akan bertukar tuan.Ni langkah mudah :
1. Buka menu Tetapan ( Setting)
2. Buka Menu Keperibadian (Privacy)
3. Klik di Menu Aturan Semula Data Kilang (Factory Setting Reset)
4. Tick di Format Storan USB (
Format USB Storage), Ini akan format semua internal memory dan external
memory(jika ada dalam hp).
5. Klik di button Tetapkan Semula Telefon ( Reset Phone)
6. Biarkan telefon anda di
reset secara automatik dan akan hidup semula di tetapan asal phone.
7. Selesai.
Soft reset
hanya boleh dibuat jika hp anda boleh dihidupkan, namun apa yang perlu buat
jika hp anda sangkut (hang) di paparan logo samsung atau android dan TIDAK
BOLEH masuk kedalam sistem android ataupun anda tersilap masukkan pattern dan
pin locked berulang kali sehingga hp tidak dapat onn.
Jangan Bimbang kerana
semua pengeluar ada menyediakan satu lagi cara yang dipanggil hard reset.
Hard reset ini sememangnya tidak didedahkan secara meluas kepada pengguna
kerana agak rumit dan jika tersalah langkah akan mengakibatkan hp terus tidak
dapat digunakan. Jom ikuti langkah mudah dibawah untuk pelajari HARD RESET:
1. Matikan handphone
2. Tekan dan tahan kedua-dua Butang Laman
Utama (Home Button) + Butang kuasa (Power On) + Butang Tinggi Suara ( Volume Up) pada masa yang sama untung 10 ke 15 saat.
3. Lepaskan butang tersebut
apabila logo samsung/android muncul. Hp akan masuk ke menu recovery
4. Dalam menu pemulihan(Recovery Mode) pilih mengelap data reset kilang(Wipe
Data Factory Reset)dengan butang volume dan Tekan butang kuasa (power on) untuk mengesahkan.
5. Pilih Yes — delete all user
data.
6. Kemudian Pilih REBOOT
SYSTEM NOW.
7. Biarkan hp anda berkerja secara automatik dan kembali ke tetapan
kilang sepeti yang dikehendaki.
8. Selesai.
- TQ AZHAR FOR THIS INFO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan