Isnin, 14 Oktober 2013

KEPENTINGAN TELEFON PADA KITA

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

CARA BUANG AKAUN FACEBOOK

Bila sebut sahaja FACEBOOK semua orang akan terfikir bahawa laman sosial itu banyak menyumbang pelbagai perkara kepada kita. Kita akui laman seperti ini sebenarnya mampu mengubah cara kita berfikir dan cara kita bertindak.

Dikatakan juga laman sosial ini lebih banyak menyumbangkan keruntuhan sosial dikalangan remaja. Tetapi, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Ini kerana pengguna FACEBOOK adalah dikalangan manusia yang sememangnya dilahirkan untuk berfikir tanpa perlu dipengaruhi oleh sumber lain. Dengan polisi kebebasan bersuara yang diamalkan oleh mereka, tidak hairanlah kenapa pelbagai Negara yang menyarankan laman sosial ini diharamkan.

Ada dua perkara yang boleh dilakukan jika kita tidak lagi berminat terhadap akaun facebook kita sendiri. Pertama nyah-aktif akaun Facebook. Jika kita menyah-aktifkan akaun facebook sendiri, kesemua data didalam Facebook sebenarnya masih aktif dan akan disimpan serta boleh digunakan semula apabila kita mahu mengaktifkannya semula. Tetapi, berlainan pula jika sekiranya kita membuang akaun tersebut dari Facebook. Kesemua data dan gambar serta video yang telah masukkan ke dalam Facebook akan dibuang serta merta. Jadi jika kita ingin menggunakan Facebook semula, kita perlulah mendaftar semula di Facebook seperti pengguna baru.

Hari ini kita akan belajar macammana cara ingin membuang akaun Facebook kita sendiri. Sila klik link dibawah ini


Klik pada ‘Submit‘ untuk proses seterusnya. Kalau rasa masih sayang dengan akaun tersebut sila jangan tekan SUBMIT. Selamat mencuba

SOFT RESET & HARD RESET SAMSUNG ANDROID PHONE

Terdapat dua cara untuk reset Samsung yang menggunakan operasi Android sperti Galaxy Note, Galaxy S2, S3, S Advance, S Plus, Galaxy Y, Galaxy W dan lain2 lagi  iaitu soft reset dan hard reset. Namun sebeum pergi lebih lanjut tentang cara cara untuk buat reset anda perlu tahu apa implikasi kepada hp anda jika anda reset handphone samsung anda yang menggunakan OS android.

Pertama : Semua data anda didalam HP seperti contact, msj, email, nota akan hilang sepenuhnya.

Kedua : Semua Data dalam memory internal juga akan hilang sepenunya (Dinasihatkan jika anda menggunakan external memory kad keluarkan dahulu sebelum buat reset phone. Ini kerana reset phone akan kembalikan hp anda seperti tetapan asal kilang (Factory Setting).

Kenapa perlu buat reset : 

1.      Anda ingin jual hp anda. Pastikan anda reset hp dan internal memory, jika tidak pasti pengguna baru akan dapat data anda. Ini amat berbahaya jika data anda jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab.
2.      Hp anda hang di logo android/samsung semasa on.
3.      Salah masukk pattern/pin lock dan ianya mengakibatkan hp xboleh on.
So jom kita pelajari langkah mudah untuk buat SOFT RESET.


SOFT RESET adalah satu tetapan yang disediakan oleh pengeluar dan ianya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dengan mudah. Biasanya kita akan buat soft reset apabila hp akan bertukar tuan.Ni langkah mudah :


1.      Buka menu Tetapan ( Setting)
2.      Buka Menu Keperibadian (Privacy)
3.      Klik di Menu Aturan Semula Data Kilang (Factory Setting Reset)
4.     Tick di Format Storan USB ( Format USB Storage), Ini akan format semua internal memory dan external memory(jika ada dalam hp).
5.      Klik di button Tetapkan Semula Telefon ( Reset Phone)
6.     Biarkan telefon anda di reset secara automatik dan akan hidup semula di tetapan asal phone.
7. Selesai.

Soft reset hanya boleh dibuat jika hp anda boleh dihidupkan, namun apa yang perlu buat jika hp anda sangkut (hang) di paparan logo samsung atau android dan TIDAK BOLEH masuk kedalam sistem android ataupun anda tersilap masukkan pattern dan pin locked berulang kali sehingga hp tidak dapat onn. 
Jangan Bimbang kerana semua pengeluar ada menyediakan  satu lagi cara yang dipanggil hard reset. Hard reset ini sememangnya tidak didedahkan secara meluas kepada pengguna kerana agak rumit dan jika tersalah langkah akan mengakibatkan hp terus tidak dapat digunakan. Jom ikuti langkah mudah dibawah untuk pelajari HARD RESET:
1.       Matikan handphone  
2.   Tekan dan tahan kedua-dua Butang Laman Utama (Home Button) + Butang kuasa (Power On) + Butang Tinggi Suara ( Volume Up) pada masa yang sama untung 10 ke 15 saat.
3.     Lepaskan butang tersebut apabila logo samsung/android muncul. Hp akan masuk ke menu recovery
4.    Dalam menu pemulihan(Recovery Mode) pilih mengelap data reset kilang(Wipe Data Factory Reset)dengan butang volume dan Tekan butang kuasa (power on) untuk mengesahkan.
5.       Pilih Yes — delete all user data.
6.       Kemudian Pilih REBOOT SYSTEM NOW.
7.      Biarkan hp anda berkerja secara automatik dan kembali ke tetapan kilang sepeti yang dikehendaki.
            8.      Selesai.


- TQ AZHAR FOR THIS INFO